Lukas 20:15-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Oleh itu mereka membuang dia ke luar ladang lalu membunuh dia.”Lalu Yesus bertanya, “Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu terhadap para penyewa ladang anggur itu?

16. Dia akan datang dan membunuh semua penyewa ladang itu, lalu menyerahkan ladang itu kepada penyewa-penyewa lain.”Apabila orang di situ mendengar hal itu, mereka berkata, “Janganlah perkara ini berlaku!”

17. Yesus memandang mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah makna ayat Alkitab ini?‘Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.’

18. Semua orang yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu.”

19. Semua guru Taurat dan ketua imam di situ cuba menangkap Yesus pada saat itu juga, kerana mereka tahu bahawa perumpamaan itu ditujukan kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai.

Lukas 20