Lukas 14:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus.

2. Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus.

3. Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ, “Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?”

4. Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi.

Lukas 14