Kisah Rasul-Rasul 4:9-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Agaknya hari ini kami disoal kerana kami telah berbuat baik kepada orang lumpuh itu dan kerana tuan-tuan mahu tahu bagaimana dia disembuhkan.

10. Tuan-tuan dan semua orang Israel harus tahu bahawa orang ini yang berdiri di hadapan tuan-tuan sudah sembuh kerana kuasa Yesus Kristus orang Nasaret itu. Tuan-tuan sudah menyalibkan Dia, tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian.

11. Yesuslah yang dimaksudkan oleh ayat ini di dalam Alkitab,‘Batu yang kamu, pembina bangunan buang,ternyata menjadi batu yang paling utama.’

12. Hanya melalui Yesus orang diselamatkan, kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita.”

Kisah Rasul-Rasul 4