Kisah Rasul-Rasul 26:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Agripa bertitah kepada Paulus, “Kamu dibenarkan bercakap untuk membela diri.” Paulus memberikan isyarat dengan mengangkat tangan lalu menyampaikan pembelaannya seperti berikut,

2. “Tuanku Raja Agripa! Hamba berasa bertuah kerana dibenarkan membela diri di hadapan tuanku daripada segala tuduhan orang Yahudi,

3. terutama sekali kerana tuanku sangat memahami adat istiadat dan masalah orang Yahudi. Oleh itu, hamba memohon sudilah tuanku mendengarkan keterangan hamba dengan sabar.

4. Semua orang Yahudi mengetahui cara hidup hamba sejak hamba masih muda. Mereka tahu bahawa sejak permulaan, hamba hidup di negeri hamba sendiri dan kemudian di Yerusalem.

Kisah Rasul-Rasul 26