Keluaran 23:3-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Jangan berat sebelah apabila seorang miskin diadili di mahkamah.

4. Jika kebetulan kamu menjumpai lembu atau keldai musuh kamu terlepas, kembalikanlah binatang itu kepada pemiliknya.

5. Jika keldai musuh kamu jatuh kerana bebannya berat, tolonglah dia menegakkan keldai itu; jangan pergi tanpa memberikan pertolongan.

6. Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.

7. Jangan buat tuduhan palsu, dan jangan sebabkan orang yang tidak bersalah dihukum mati, kerana Aku akan menghukum orang yang melakukan kejahatan seperti itu.

8. Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.

9. Jangan berlaku kejam terhadap orang asing; kamu tahu rasanya menjadi orang asing, kerana dahulu kamu pun orang asing di Mesir.”

Keluaran 23