Keluaran 16:28-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

28. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Berapa lama lagi kamu tidak mahu taat kepada perintah-Ku?

29. Ingatlah bahawa Aku, TUHAN telah memberikan hari rehat kepada kamu. Itulah sebabnya, pada hari keenam Aku memberi kamu makanan yang cukup untuk dua hari. Pada hari ketujuh setiap orang mesti tinggal di tempat masing-masing, dan tidak boleh meninggalkan rumahnya.”

30. Oleh itu mereka tidak bekerja pada hari ketujuh.

31. Umat Israel menamakan makanan itu manna. Rupanya seperti biji-biji kecil berwarna putih dan rasanya seperti biskut yang dibuat dengan madu.

32. Musa berkata, “TUHAN telah menyuruh kita menyimpan sedikit manna untuk keturunan kita, supaya mereka dapat melihat makanan yang diberikan TUHAN kepada kita di padang gurun, ketika Dia membawa kita keluar dari Mesir.”

Keluaran 16