7. Yusuf juga membawa bapanya menghadap raja. Yakub memberkati raja,
8. lalu raja bertanya kepadanya, “Berapakah umurmu?”
9. Yakub menjawab, “Hamba sudah hidup seratus tiga puluh tahun sebagai pengembara. Hidup hamba ini singkat dan penuh dengan kesukaran, tidak seperti panjangnya umur nenek moyang hamba yang hidup sebagai pengembara.”
10. Selepas itu Yakub memberkati raja, lalu meninggalkan tempat itu.