23. Selepas itu ada pula tujuh bulir gandum yang kempis dan layu kerana ditiup angin gurun.
24. Bulir gandum yang kempis itu menelan bulir yang berisi. Beta sudah menceritakan kedua-dua mimpi beta itu kepada para ahli sihir, tetapi tiada seorang pun dapat mentafsirkan mimpi itu.”
25. Kemudian Yusuf berkata kepada raja, “Kedua-dua mimpi itu mempunyai erti yang sama; Allah sudah memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan-Nya.
26. Tujuh ekor lembu yang gemuk itu melambangkan tujuh tahun. Tujuh bulir gandum yang berisi itu melambangkan tujuh tahun juga; kedua-duanya mempunyai erti yang sama.