Kejadian 41:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Dua tahun kemudian, raja Mesir bermimpi bahawa baginda sedang berdiri di tebing Sungai Nil.

2. Tiba-tiba tujuh ekor lembu yang gemuk dan yang kulitnya licin berkilat, keluar dari sungai, lalu mula makan rumput di tebing sungai itu.

3. Selepas itu tujuh ekor lembu yang lain muncul pula; lembu itu kurus kering. Lembu-lembu yang kurus itu berdiri di samping lembu-lembu yang gemuk, di tebing sungai.

4. Kemudian lembu-lembu yang kurus makan lembu-lembu yang gemuk. Selepas itu raja terjaga daripada tidurnya.

30-31. Selepas itu kebuluran akan berlaku selama tujuh tahun. Masa kelimpahan gandum itu akan dilupakan sama sekali kerana kebuluran itu sangat dahsyat sehingga negeri ini menjadi tandus.

34-35. Tuanku perlu juga melantik pegawai-pegawai lain, dan memberi mereka kuasa untuk memungut seperlima daripada segala tuaian gandum selama tujuh tahun masa kelimpahan gandum, lalu menyimpannya di kota-kota dan menjaganya.

Kejadian 41