1. Yakub menetap di negeri Kanaan. Dahulu bapanya Ishak, tinggal di negeri itu sebagai orang asing.
2. Inilah kisah keluarga Yakub.Yusuf, anak Yakub yang berumur tujuh belas tahun, menjaga kawanan kambing dan domba bersama dengan saudara-saudaranya, iaitu anak-anak Bilha dan Zilpa, gundik bapanya. Yusuf memberikan laporan kepada bapanya tentang perbuatan jahat yang dilakukan oleh saudara-saudaranya itu.