34. Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku, kerana aku sudah melahirkan tiga orang anak lelaki baginya.” Maka dia menamakan anaknya Lewi.
35. Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.