Kejadian 15:8-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Tetapi Abram bertanya, “Ya TUHAN Raja, bagaimana aku dapat mengetahui bahawa tanah ini akan menjadi milikku?”

9. TUHAN menjawab, “Ambillah seekor lembu betina, seekor kambing betina, dan seekor domba jantan untuk-Ku. Setiap satunya harus berumur tiga tahun, dan ambil juga seekor burung merpati, serta seekor burung tekukur.”

10. Kemudian Abram mengambil semuanya bagi Allah. Abram membelah lembu, kambing, dan domba itu. Dia meletakkan belahan-belahan binatang itu pada dua barisan, setiap belahan menghadap satu sama lain, tetapi dia tidak membelah burung.

Kejadian 15