19. Memang sejak kecil tubuhku sempurna dan jiwaku baik.
20. Atau lebih tepat, kerana aku baik, aku lahir dengan tubuh yang sihat.
21. Tetapi aku sedar bahawa aku tidak dapat memiliki kebijaksanaan kalau tidak dianugerahkan Tuhan kepadaku. Mengetahui siapa yang menganugerahkan kebijaksanaan, itu pun tanda pengertian. Maka aku berdoa dan mohon kepada Tuhan dengan sepenuh hati: