12. Kalau aku diam, mereka akan menunggu; kalau aku bercakap, mereka akan mendengarkannya. Bahkan kalau aku bercakap berkepanjangan, mereka akan mendengarkannya dengan kagum.
13. Kerana berkat kebijaksanaan, aku akan mendapat kehidupan kekal; aku akan diingat selama-lamanya oleh mereka yang menyusul aku.
14. Aku akan memerintah bangsa-bangsa, dan mereka akan takluk kepadaku.
15. Penindas-penindas yang menakutkan akan gementar apabila mendengar perihal aku. Aku akan terkenal sebagai raja yang baik dan pejuang yang gagah berani.
16. Apabila aku pulang, kebijaksanaan akan memberi ketenteraman kepadaku, oleh sebab hidup bersama-samanya tidak mengenal kepahitan atau kesedihan, melainkan kegembiraan dan kebahagiaan.
17. Semua itu kufikirkan dan kurenungkan. Hidup akrab dengan kebijaksanaan bererti memiliki kehidupan kekal.
18. Mencintainya memberi kebahagiaan sejati, dan melakukan pekerjaannya membuat orang kaya raya. Bergaul dengannya memberi pengertian, dan bercakap dengannya menjadikan orang terhormat. Maka aku bertekad menjadikannya teman hidupku.
19. Memang sejak kecil tubuhku sempurna dan jiwaku baik.
20. Atau lebih tepat, kerana aku baik, aku lahir dengan tubuh yang sihat.