27. Meskipun sendirian, kebijaksanaan mampu melakukan segalanya. Walaupun kebijaksanaan sendiri tidak berubah, kebijaksanaan membaharui semuanya. Turun-temurun kebijaksanaan masuk ke dalam jiwa orang suci dan menjadikan mereka nabi dan sahabat Allah.
28. Tidak ada orang yang lebih dikasihi Tuhan daripada orang yang hidupnya diresapi kebijaksanaan,
29. kerana kebijaksanaan lebih indah daripada matahari dan susunan bintang-bintang. Kebijaksanaan lebih baik daripada terang siang,
30. oleh sebab siang berganti malam, tetapi kebijaksanaan tidak dapat dikuasai oleh kejahatan.