20. dan kemurkaan-Nya yang kejam dijadikan pedang-Nya yang terasah. Semua kekuatan alam dikerahkan-Nya melawan orang bodoh yang menentang Dia.
21. Kilat akan menyambar dan tepat menuju sasarannya, seolah-olah Tuhan sedang menembak panah dengan awan sebagai busur-Nya.
22. Dengan murka, Tuhan melemparkan hujan batu kepada orang jahat; laut dan sungai-sungai mengamuk membanjiri mereka.
23. Mereka akan dilanda taufan dan badai dan dicerai-beraikan. Kejahatan akan membinasakan seluruh bumi dan banyak pemerintahan akan jatuh kerana perbuatan jahat.