Harun, yang tidak bercela, segera maju untuk membela mereka. Sebagai imam, dia memanjatkan doa dan membakar kemenyan untuk mohon ampun terhadap dosa mereka. Dengan doa dan kemenyan sebagai senjata, dia menahan kemurkaan-Mu dan mengakhiri bencana itu. Dengan perbuatan itu dia menunjukkan bahawa dia hamba-Mu.