Begitu juga seorang tukang periuk mengerjakan tanah liat. Tanah yang lembap itu dibentuknya dengan susah payah menjadi apa sahaja yang berguna bagi kita. Semua periuk dibuat daripada tanah yang sama dengan cara yang serupa, entah untuk keperluan luhur atau keperluan hina. Pembuat periuk itu menentukan kegunaan setiap barangannya.