Kebijaksanaan Salomo 13:3-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Mereka sangat menyukai keindahannya, sehingga benda-benda itu dianggap oleh mereka sebagai Allah. Seharusnya mereka mengerti bahawa Penguasa semua itu jauh lebih mulia, oleh sebab Bapa segala keindahan itulah yang mencipta semuanya.

4. Mereka terpesona oleh kuasa dan daya kerja segala yang ada. Jadi seharusnya mereka menyedari bahawa Pencipta semua itu jauh lebih berkuasa.

5. Dengan membandingkan kebesaran dan keindahan segala ciptaan, orang dapat mengenali Pencipta semuanya.

6. Tetapi mereka tidak begitu bersalah. Mereka barangkali tersesat sementara berusaha untuk mencari Allah.

7. Mereka terus mempelajari karya Allah di sekeliling mereka dan sangat terpikat oleh apa yang dilihat oleh mereka, kerana memang indahlah semua itu.

Kebijaksanaan Salomo 13