24. oleh sebab mereka menyeleweng dan tersesat daripada jalan yang benar. Mereka menyembah binatang yang paling keji dan hina, dan seperti anak kecil mereka mudah tertipu.
25. Maka mereka Kauperlakukan seperti anak kecil yang tidak berfikir, dan Kauhukum dengan hukuman yang mencemuh mereka.
26. Tetapi orang yang tidak mahu memperhatikan peringatan yang mencemuh itu akan mengalami hukuman Allah yang setimpal.