14. Bangsa Mesir tidak mahu berurusan dengan seseorang yang pada masa kecilnya dibuang oleh mereka; mereka menolaknya dengan caci maki. Tetapi semua kejadian itu akhirnya membuat mereka kagum kepadanya, setelah mereka menderita kehausan yang berbeza daripada kehausan orang baik.
15. Orang Mesir disesatkan oleh fikiran mereka yang bodoh dan jahat, sehingga mereka menyembah ular dan binatang lain yang hina, makhluk-makhluk yang tidak berakal. Oleh itu Kaudatangkan jutaan binatang yang tidak berakal untuk menghukum mereka.
16. Maksudnya supaya mereka tahu bahawa orang dihukum dengan apa yang telah digunakan mereka untuk berbuat dosa.
17. Dengan tangan-Mu Yang Maha Kuasa Kauciptakan alam semesta daripada bahan yang tidak berbentuk. Maka Engkau berkuasa juga untuk menghukum mereka dengan banyak beruang atau singa yang buas.
18. Engkau berkuasa juga untuk mencipta binatang-binatang baru dan menakutkan, yang menyemburkan api, mengeluarkan bunyi gemuruh, mengepulkan asap dan memijarkan api yang dahsyat dari matanya.
19. Binatang serupa itu dapat menyerang mereka sehingga hancur, bahkan bentuk mukanya yang mengerikan sudah cukup untuk membinasakan mereka.