Imamat 4:9-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. buah pinggang dan lemaknya, dan bahagian yang terbaik daripada hati lembu itu.

10. Imam harus membakar lemak itu di atas mazbah bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagaimana yang dilakukannya pada lemak binatang yang disembelih bagi korban untuk memohon berkat TUHAN.

11. Tetapi dia harus mengambil kulit lembu itu, semua daging, kepala, paha, isi perut termasuk usus lembu itu,

12. lalu membawa semuanya ke luar perkhemahan. Di situ semuanya harus dibakar di atas kayu api di tempat membuang abu, iaitu tempat yang dikhaskan untuk hal itu.

13. Jika segenap umat Israel berdosa dan bersalah kerana melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja,

Imamat 4