11. Kamu mesti mengajar umat Israel semua hukum yang sudah Aku berikan kepada kamu melalui Musa.”
12. Kemudian Musa berkata kepada Harun dan kedua-dua orang anaknya yang masih hidup, Eleazar dan Itamar, “Ambillah lebihan korban untuk mengucap syukur daripada makanan yang dipersembahkan kepada TUHAN, dan buatlah roti tanpa ragi daripada tepung itu. Lalu makanlah roti itu di sisi mazbah kerana korban ini sangat suci.
13. Makanlah roti itu di tempat yang suci. Roti ini daripada makanan yang sudah dipersembahkan kepada TUHAN; roti ini menjadi bahagian kamu dan anak-anak lelaki kamu. Inilah yang diperintahkan oleh TUHAN kepadaku.