Ibrani 10:36-39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

36. Kamu perlu bersabar supaya dapat melakukan kehendak Allah, dan dengan demikian menerima apa yang dijanjikan-Nya.

37. Hal ini demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis,“Hanya sebentar lagi,lalu Dia yang akan datang itu akan segera tiba;Dia tidak akan berlambat.

38. Umat-Ku yang melakukan kehendak-Kuakan percaya kepada-Ku dan hidup;tetapi jika ada antara mereka yang tidak lagi percaya kepada-Ku,Aku tidak berkenan kepadanya.”

39. Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.

Ibrani 10