Hosea 7:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Orang Israel seperti burung merpati yang bodoh. Mula-mula mereka minta tolong kepada Mesir, kemudian kepada Asyur!

12. Tetapi semasa mereka lalu, Aku akan memasang jaring dan menangkap mereka seperti orang menangkap burung. Aku akan menghukum mereka kerana kejahatan yang dilakukan mereka.

13. Mereka telah meninggalkan Aku dan memberontak terhadap Aku. Kesusahan akan menimpa mereka. Mereka akan dibinasakan. Aku mahu menyelamatkan mereka, tetapi ibadat mereka kepada-Ku palsu belaka.

14. Mereka tidak berdoa kepada-Ku dengan ikhlas. Sebaliknya mereka menghempas diri ke tempat tidur dan meratap seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Aku. Apabila mereka berdoa untuk minta gandum dan wain, mereka melukai diri seperti yang dilakukan oleh orang yang menyembah berhala. Mereka melawan Aku!

Hosea 7