Hosea 6:9-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Imam-imam di kota itu seperti sekumpulan perompak yang melakukan serangan hendap terhadap orang yang lalu lalang. Bahkan di jalan yang menuju ke tempat suci di Sikhem pun mereka melakukan pembunuhan. Mereka sengaja melakukan semua perkara yang keji itu.

10. Aku telah melihat sesuatu yang dahsyat di Israel: umat-Ku telah menajiskan diri dengan menyembah berhala.

11. Bagi kamu, hai orang Yehuda, Aku telah menentukan masa untuk menghukum kamu juga kerana perbuatan kamu.”

Hosea 6