1. Pada suatu hari, Gideon dan semua anak buahnya bangun pagi-pagi. Mereka berangkat lalu berkhemah dekat mata air Harod. Orang Midian sedang berkhemah di lembah sebelah utara mereka, dekat Bukit More.
2. TUHAN berfirman kepada Gideon, “Anak buahmu terlalu banyak. Aku tidak mahu memberi mereka kemenangan atas orang Midian. Nanti mereka akan berfikir bahawa mereka menang kerana kekuatan mereka sendiri, sehingga tidak memuliakan Aku.
3. Oleh itu umumkanlah kepada anak buahmu, ‘Sesiapa yang berasa takut, harus segera meninggalkan Gunung Gilead dan pulang ke rumahnya!’ ” Oleh itu dua puluh dua ribu orang pulang; hanya sepuluh ribu orang yang tinggal.