Hakim-Hakim 21:22-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. Jika bapa atau saudara lelaki mereka datang dan membantah, kamu boleh mengatakan, ‘Benarkanlah kami mengambil anak-anak gadis kamu itu untuk menjadi isteri kami, kerana kami tidak merampas mereka dalam peperangan. Lagi pula kamu tidak memberikan mereka kepada kami. Dengan itu kamu tidak bersalah, kerana kamu tidak melanggar sumpah.’ ”

23. Suku Benyamin pun berbuat demikian. Masing-masing memilih seorang isteri antara gadis-gadis yang menari di Silo, lalu membawa mereka pulang. Selepas itu mereka balik ke wilayah masing-masing dan membina semula kota-kota mereka serta tinggal di sana.

24. Orang Israel yang lain pun pulang kepada suku serta keluarga masing-masing, dan ke tanah milik mereka.

25. Pada zaman itu umat Israel belum mempunyai raja. Tiap-tiap orang melakukan apa yang dianggapnya benar.

Hakim-Hakim 21