7. Simson berkata kepada mereka, “Beginikah tindakan kamu? Aku bersumpah bahawa aku tidak akan diam sehingga aku telah membalas dendamku.”
8. Kemudian dia menyerang semua orang itu dengan kejam dan membunuh banyak antara mereka. Selepas itu dia bersembunyi di dalam gua di bukit batu di Etam.
9. Orang Filistin datang ke wilayah Yehuda dan berkhemah di situ. Kemudian mereka menyerang kota Lehi.
10. Penduduk Yehuda bertanya kepada mereka, “Mengapa kamu menyerang kami?”Mereka menjawab, “Kami datang untuk menangkap Simson dan membalas perbuatannya.”
11. Oleh itu tiga ribu orang Yehuda pergi ke gua di bukit batu di Etam. Di sana mereka berkata kepada Simson, “Tidakkah kamu tahu bahawa orang Filistin menguasai kita? Mengapa kamu melakukan perkara ini terhadap kami?”Simson menjawab, “Aku pun hanya membalas perbuatan mereka.”