Hakim-Hakim 10:12-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Sidon, Amalek, dan Maon telah menindas kamu pada masa yang lalu, dan kamu telah berseru kepada-Ku. Tidakkah Aku menyelamatkan kamu daripada kuasa mereka?

13. Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi.

14. Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan.”

15. Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini.”

Hakim-Hakim 10