Hakim-Hakim 10:10-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Kemudian umat Israel berseru kepada TUHAN. Mereka berkata, “Kami telah berdosa terhadap-Mu, ya Allah, kerana kami meninggalkan Engkau lalu menyembah dewa-dewa Baal.”

11. TUHAN menjawab umat Israel, “Orang Mesir, Amori, Amon, Filistin,

12. Sidon, Amalek, dan Maon telah menindas kamu pada masa yang lalu, dan kamu telah berseru kepada-Ku. Tidakkah Aku menyelamatkan kamu daripada kuasa mereka?

13. Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi.

14. Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan.”

Hakim-Hakim 10