21. untuk disampaikan kepada Zerubabel, gabenor Yehuda. TUHAN berfirman, “Tidak lama lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi,
22. menjatuhkan kerajaan, dan menghancurkan kuasa mereka. Aku akan menunggangbalikkan kereta-kereta kuda dengan pengemudinya; semua kuda akan mati dan penunggang-penunggangnya akan saling membunuh.
23. Pada hari itu, hai Zerubabel, hamba-Ku, Aku akan melantik engkau untuk memerintah demi nama-Ku, kerana engkaulah yang sudah Aku pilih.” Demikianlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa.