Habakuk 2:9-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Malang menimpa kamu! Kamu memperkaya keluarga kamu dengan apa yang kamu peroleh dengan keganasan. Kamu telah membina rumah yang selamat untuk melindungi keluarga kamu daripada malapetaka.

10. Tetapi rancangan kamu itu mempermalukan keluarga kamu; dengan memusnahkan banyak bangsa, kamu mendatangkan kehancuran diri sendiri.

11. Bahkan batu-batu tembok pun berteriak menyalahkan kamu dan kasau-kasau menggemakan teriakan itu.

12. Malang menimpa kamu kerana kamu mendirikan kota yang berasaskan kejahatan dan membinanya dengan pembunuhan.

Habakuk 2