Habakuk 1:14-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Mana boleh Engkau memperlakukan manusia seperti ikan atau seperti sekawanan serangga yang tidak mempunyai pemimpin?

15. Orang Babilonia menangkap orang dengan mata kail, seolah-olah yang ditangkap itu ikan. Orang Babilonia menyeret tawanan mereka di dalam jala sambil bersorak-sorak kerana penangkapan itu!

16. Bahkan mereka menyembah jala mereka dan mempersembahkan korban kepada jala itu, kerana jala memberi mereka rezeki berlimpah-limpah dan hidup mewah.

17. Adakah selamanya mereka akan menggunakan pedang dan terus-menerus membinasakan bangsa-bangsa tanpa belas kasihan?

Habakuk 1