Filipi 4:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Aku berkata seperti itu bukan kerana aku berkekurangan; aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit.

12. Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan. Aku berpuas hati baik ketika kenyang ataupun lapar, baik ketika hidup mewah ataupun berkekurangan.

13. Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

14. Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik.

Filipi 4