Ezra 9:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Selepas semua itu dilaksanakan, beberapa orang pemimpin Israel datang kepada saya. Mereka memberitahukan bahawa rakyat Israel, termasuk para imam dan orang Lewi tidak memisahkan diri daripada bangsa-bangsa yang tinggal di sekitar mereka, iaitu bangsa Amon, Moab, Mesir, Kanaan, Het, Feris, Yebusi, dan Amori. Mereka juga melakukan perbuatan keji bangsa-bangsa itu.

2. Orang lelaki Yahudi berkahwin dengan wanita asing sehingga umat yang khas bagi Allah tercemar. Para pemimpin dan pegawai merekalah yang mula-mula sekali melakukan perkara itu.

Ezra 9