Ester 9:27-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. mereka membuat peraturan bagi mereka dan keturunan mereka, dan siapa sahaja yang menjadi warga bangsa Yahudi diwajibkan untuk merayakan dua hari itu tiap-tiap tahun, seperti yang sudah ditentukan oleh Mordekhai.

28. Mereka membuat satu peraturan, bahawa setiap keluarga Yahudi daripada semua generasi yang akan datang, di semua wilayah dan kota, harus ingat untuk merayakan perayaan Purim selama-lamanya.

29. Di samping itu, bersama dengan surat Mordekhai, Permaisuri Ester anak Abihail menulis surat kedua, yang memperkuat isi surat Mordekhai tentang Purim.

Ester 9