Bilangan 33:10-38-39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Kemudian mereka meninggalkan Elim dan berkhemah dekat Laut Gelagah.

11. Selanjutnya mereka berkhemah di padang gurun Sin.

12. Setelah itu mereka berkhemah di Dofka,

13. lalu di Alus,

14. dan kemudian di Rafidim, tetapi di sana tidak ada air minum.

15-37. Dalam perjalanan mereka dari Rafidim ke Gunung Hor, mereka berkhemah di tempat-tempat berikut: Gurun Sinai, Kibrot-Taawa (atau “Kuburan Kerakusan”), Hazerot, Ritma, Rimon-Peres, Libna, Risa, Kehelata, Gunung Syafer, Harada, Makhelot, Tahat, Tarah, Mitka, Hasmona, Moserot, Bene-Yaakan, Hor-Gidgad, Yotbata, Abrona, Ezion-Geber, padang gurun Zin (iaitu Kades), dan Gunung Hor di sempadan tanah Edom.

38-39. Imam Harun naik ke Gunung Hor menurut perintah TUHAN. Di situ Harun meninggal ketika berumur 123 tahun, pada hari pertama bulan kelima, tahun yang keempat puluh setelah umat Israel meninggalkan Mesir.

Bilangan 33