2. Mereka berkata, “Adakah TUHAN berfirman melalui Musa sahaja? Tidakkah TUHAN berfirman melalui kita juga?” TUHAN mendengar kata-kata mereka itu.
3. Musa seorang yang rendah hati, lebih rendah hati daripada sesiapa pun di bumi.
4. Tiba-tiba TUHAN berfirman kepada Musa, Harun, dan Miryam, “Aku mahu kamu bertiga pergi ke Khemah-Ku.” Mereka pun pergi,
5. lalu TUHAN turun di dalam tiang awan dan berdiri di pintu Khemah TUHAN, serta berseru, “Harun! Miryam!” Kedua-dua mereka maju,