28. Kemudian Yosua anak Nun, yang telah membantu Musa sejak masa mudanya, berkata kepada Musa, “Tuan, suruhlah mereka diam!”
29. Musa menjawab, “Adakah engkau memikirkan hal aku? Aku sangat berharap agar TUHAN memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya, dan menyebabkan mereka semua berseru seperti nabi!”
30. Selepas itu Musa dan para pemimpin Israel itu balik ke perkhemahan.
31. Tiba-tiba TUHAN mendatangkan angin dari laut; angin itu membawa burung-burung puyuh yang terbang rendah sekali, serendah kurang daripada satu meter dari permukaan tanah. Burung-burung itu berterbangan di atas perkhemahan dan di sekelilingnya sejauh beberapa kilometer.
32. Sepanjang hari itu dan sepanjang malam, serta sepanjang hari berikutnya, orang asyik menangkap burung puyuh. Setiap orang menangkap tidak kurang daripada seribu kilogram burung puyuh. Mereka menjemur burung-burung yang ditangkap itu di sekeliling perkhemahan.
33. Sementara masih banyak daging burung puyuh, TUHAN murka kepada umat itu dan mendatangkan wabak kepada mereka.
34. Tempat itu dinamakan Kibrot-Taawa yang bererti “Kuburan Kerakusan” kerana di situlah mereka menguburkan orang yang mati kerana rakus.
35. Dari situ umat itu berpindah ke daerah Hazerot, lalu berkhemah di tempat itu.