Bilangan 1:48-52 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

48. kerana TUHAN sudah berfirman kepada Musa,

49. “Apabila engkau membanci orang lelaki yang layak menjadi askar, jangan banci suku Lewi.

50. Tetapi suruhlah orang Lewi mengurus Khemah-Ku dan segala peralatannya. Mereka harus memikul Khemah dan peralatannya, serta bertugas di situ. Mereka juga harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku.

51. Apabila kamu memindahkan perkhemahan, orang Lewi harus menggulung Khemah-Ku, dan memasangnya semula di tempat yang baru. Selain orang Lewi, sesiapa yang menghampiri Khemah-Ku mesti dihukum mati.

52. Orang Israel lain harus berkhemah dalam kumpulan, dan setiap orang dalam kelompoknya sendiri, dan di bawah panji masing-masing.

Bilangan 1