Barukh 5:2-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Selubungilah dirimu dengan jubah kebenaran Allah dan pakailah mahkota kemuliaan Allah yang kekal,

3. oleh sebab Allah akan menunjukkan kemegahanmu kepada semua bangsa di atas bumi.

4. Untuk selama-lamanya Allah menamakan engkau, ‘Damai Hasil Kesetiaan dan Kemuliaan Hasil Takwa’.

5. Bangkitlah, hai Yerusalem, dan berdirilah di atas puncak gunung. Tengoklah ke timur. Lihatlah, atas perintah Allah yang suci, anak-anakmu sudah berkumpul dari timur dan dari barat. Mereka bergembira kerana Allah ingat akan mereka.

6. Dahulu anak-anakmu digiring pergi oleh musuh. Mereka meninggalkan engkau dengan berjalan kaki. Sekarang mereka dihantar pulang kepadamu oleh Allah, dan diusung dengan hormat, seolah-olah dipikul di atas tandu kerajaan.

Barukh 5