Barukh 2:28-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

28. seperti yang Kaujanjikan melalui Musa hamba-Mu, ketika Engkau menyuruh dia menuliskan Taurat-Mu di hadapan orang Israel.

29. Engkau berfirman, ‘Jika kamu tidak taat kepada-Ku, jumlahmu yang sangat besar ini akan berkurang menjadi sedikit sahaja di kalangan bangsa-bangsa di tempat Aku mencerai-beraikan kamu.

30. Aku tahu bahawa kamu tidak mahu taat kepada-Ku, oleh sebab kamu bangsa yang keras kepala. Tetapi di negeri pembuangan, kamu akan insaf

31. dan menyedari bahawa Aku ini Tuhan, Allahmu. Kamu akan Kuberi hati yang taat dan suka mendengarkan Aku.

32. Di negeri pembuanganmu, kamu akan ingat kepada-Ku dan memuji Aku.

33. Kamu tidak akan lagi berdegil atau berbuat jahat, oleh sebab kamu ingat akan apa yang menimpa nenek moyang kamu ketika mereka berdosa terhadap Tuhan.

34. Lalu kamu akan Kubawa kembali ke negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang kamu, kepada Abraham, Ishak dan Yakub, dan negeri itu akan menjadi milik kamu semula. Aku akan melipatgandakan bilangan kamu dan jumlah kamu tidak akan berkurang lagi.

Barukh 2