Ayub 41:4-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Mungkinkah Lewiatan membuat persetujuan dengan engkau,dan berjanji melayan engkau selalu?

5. Mungkinkah engkau mengikat Lewiatan seperti burung kesayangan,yang menghiburkan hamba-hamba perempuan?

6. Mungkinkah nelayan memperdagangkannya,atau saudagar membahagi-bahagikannya antara mereka?

7. Dapatkah engkau menusuk kulitnya dengan serampang,ataupun menikam kepalanya dengan tempuling?

8. Sentuhlah Lewiatan sekali sahaja dan engkau tidak akan mencuba lagi;engkau tidak akan melupakan perlawanan itu!

9. Sesiapa yang melihat Lewiatanakan kehilangan semangat dan pengsan.

10. Lewiatan garang apabila dibangunkan daripada tidurnya;tiada seorang pun berani berdiri di hadapannya.

Ayub 41