Ayub 40:6-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Kemudian dari ribut, TUHAN berfirman lagi kepada Ayub,

7. “Sekarang bertindaklah sebagai lelaki,dan jawablah soalan-soalan-Ku ini.

8. Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil,dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?

9. Adakah engkau sekuat Aku?Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?

10. Jika demikian, bangkitlah dengan hormat dan megah;selubungilah dirimu dengan kebesaran dan kemuliaan.

11. Perhatikanlah orang yang sombong;curahkanlah kemarahanmu dan hinakanlah mereka.

12. Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka;hancurkanlah orang jahat sekarang juga.

Ayub 40