9. Bukan sahaja engkau tidak mahu menolong balu,tetapi engkau juga menindas anak yatim piatu.
10. Oleh itu sekarang terdapat perangkap di sekelilingmu,dan tiba-tiba ketakutan meliputimu.
11. Terang menjadi gelap sehingga engkau tidak dapat melihat,dan engkau dilanda banjir yang dahsyat.
12. Tidakkah Allah tinggal di syurga yang tertinggi,dan memandang ke bawah, pada bintang-bintang yang tinggi sekali?
13. Namun engkau bertanya, ‘Adakah Allah tahu?Dia di balik awan dan tidak dapat mengadili kita.’
14. Engkau menyangka bahawa pandangan-Nya tertutup awan,ketika Dia berjalan di sempadan langit dan bumi.