Ayub 15:22-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. Mereka tidak dapat mengelakkan kegelapan,kerana pembunuh yang berpedang mengejar mereka pada setiap kesempatan.

23. Burung nasar menunggu untuk makan mayat mereka;mereka tahu bahawa mereka akan binasa.

24. Mereka cemas dan amat menderitaseperti diserang oleh raja perkasa.

25. Begitulah kesudahan orang yang berani melawan Allah,dan mencabar Yang Maha Kuasa.

26-27. Mereka sombong dan suka memberontak;dengan degil mereka mengangkat perisaidan tergesa-gesa melawan Allah.

28. Itulah orang yang telah menaklukkan kota-kota,dan merampas rumah-rumah yang sudah ditinggalkan.Kota-kota itu sudah ditentukan untuk tetap menjadi reruntuhan.

29. Mereka tidak akan tetap kaya untuk waktu yang lama;segala milik mereka tidak akan kekal.Bahkan bayang-bayang mereka pun akan lenyap,

30. dan mereka tidak akan terlepas daripada kegelapan.Mereka akan menjadi seperti pokokyang cabangnya dibakar api;mereka akan dimusnahkan oleh hembusan nafas Allah.

Ayub 15