20. Aku telah menuliskan tiga puluh pepatah yang mengandungi pengetahuan dan nasihat baik,
21. yang akan mengajar kamu apa yang sungguh-sungguh benar. Nanti, jika kamu ditanya, kamu dapat memberikan jawapan yang tepat.
22. Jangan perdaya orang miskin kerana mereka miskin, dan jangan tipu mereka di mahkamah.
23. TUHAN akan membela mereka, dan mencabut nyawa orang yang menindas mereka.
24. Jangan bersahabat dengan orang yang suka marah dan cepat naik darah.
25. Jangan-jangan kamu ikut kelakuan mereka, lalu tidak dapat mengubah kebiasaan itu.
26. Jangan berjanji untuk menanggung hutang orang lain.