24. Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar.
25. Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya.
26. Dia hanya memikirkan keinginannya. Sebaliknya, orang yang taat kepada Allah dapat memberi dengan berlimpah-limpah.
27. TUHAN membenci korban yang dipersembahkan orang jahat, lebih-lebih lagi jika korban itu diberikan dengan maksud jahat.
28. Kesaksian pembohong tidak dapat dipercayai, tetapi kesaksian orang yang dapat dipercayai akan diterima.
29. Orang jujur yakin akan diri mereka sendiri, tetapi orang jahat terpaksa berpura-pura.
30. Kepintaran, kecerdasan, dan kebijaksanaan manusia tidak berguna jika TUHAN menentang kita.
31. Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.