11. Apabila Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN dan istana, serta segala yang dirancangkannya,
12. TUHAN menampakkan diri lagi kepada Raja Salomo pada malam hari. Dia berfirman kepada Raja Salomo, “Aku telah mendengar doamu, dan Aku menerima Rumah ini sebagai tempat khas untuk mempersembahkan korban kepada-Ku.
13. Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku,
14. tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.
15. Aku akan menjaga Rumah-Ku ini dan bersedia mendengarkan semua doa yang diucapkan di sini,
16. kerana Aku telah memilihnya dan mengekhaskannya sebagai tempat orang beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.
17. Jika engkau mengabdi kepada-Ku dengan setia seperti bapamu Daud, taat kepada hukum-hukum-Ku, serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,
18. Aku akan menepati janji-Ku kepada bapamu Daud, ketika Aku berfirman kepadanya bahawa Israel akan sentiasa diperintah oleh keturunannya.
19. Tetapi jika engkau dan rakyatmu tidak taat kepada hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepada kamu, lalu menyembah tuhan-tuhan lain,
20. maka Aku akan membuang kamu dari negeri yang meninggalkan Rumah ini yang telah Kukhaskan sebagai tempat beribadat kepada-Ku. Orang di merata tempat akan mengolok-olok dan menghina Rumah ini.